PERMOHONAN GERAN RM1000 SKMM


APAKAH SEBENARNYA GERAN RM1000 INI ??


12,000 perniagaan di Malaysia sudah berada di atas talian.

Dan ini bertambah setiap hari.

Internet semakin berkembang, begitu juga peluang untuk perniagaan kecil. Malah, internet telah menyumbang sebanyak 4.1% setahun kepada ekonomi Malaysia, dan ia bakal meningkat lebih tinggi untuk tempoh 3 tahun akan datang.
Itulah sebabnya program Get Malaysian Business Online telah dibangunkan dengan kerjasama SKMM, MYNIC dan iTrain. Ia adalah cara kami membantu perniagaan kecil, seperti anda, mewujudkan laman web dan bersaing di dalam pasaran. Kami amat bangga kerana telah membantu ramai orang mengambil langkah pertama ini.

SYARAT-SYARAT UNTUK MEMOHON
GET MALAYSIAN BUSINESS ONLINE
1.S:Apakah itu Get Malaysian Business Online?
J:Get Malaysian Business Online adalah inisiatif Kerajaan yang diumumkan dalam Bajet 2013 oleh Perdana Menteri bagi membantu 50,000 usahawan mikro terutamanya wanita untuk melonjakkan perniagaan atas talian. Geran RM1,000 akan diberikan kepada pemohon yang layak.
2.S:Apakah syarat untuk mendapatkan geran Get Malaysian Business Online?
J:Syarat-syarat permohonan:
  1. Warganegara Malaysia berumur 18-65 tahun dengan keutamaan kepada usahawan wanita;
  2. Pendaftaran/Lesen Perniagaan/Syarikat;
  3. Pendaftaran nama domain (.com.my/.my/.net.my/.edu.my/.org.my) dan laman sesawang yang aktif;
  4. Mempunyai langganan perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar atau menjadi ahli berdaftar di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M);
  5. Akaun bank tempatan atas nama usahawan/perniagaan/syarikat yang digunakan untuk perniagaan; dan
  6. Keutamaan kepada usahawan mikro - jumlah pekerja (sepenuh masa) tidak melebihi 10 orang atau pendapatan tidak melebihi RM 200,000 setahun.
3.S:Bilakah saya boleh mula memohon?
J:Permohonan dibuka bermula dari 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013 atau sehingga peruntukan RM50 juta telah dipenuhi.
4.S:Bagaimana cara untuk saya memohon?
J:Permohonan boleh dibuat melalui laman sesawang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di www.skmm.gov.my. Sekiranya pemohon tiada akses internet, permohonan boleh dilakukan di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) yang berdekatan.
5.S:Bagaimanakah geran diagihkan?
J:Geran RM1,000 akan dimasukkan ke dalam akaun bank yang didaftarkan atas nama usahawan/syarikat/perniagaan.
6.S:Berapa lamakah masa yang diambil untuk permohonan diproses?
J:Permohonan yang diterima akan disemak dalam tempoh 30 hari bekerja. Proses kelulusan akan dilakukan setelah semua butiran adalah benar dan tepat.
7.S:Apakah sebab permohonan ditolak?
J:Permohonan ditolak disebabkan oleh beberapa faktor berikut:
  •  Permohonan yang tidak lengkap dan tidak tepat;
  •  Syarat-syarat tidak dipenuhi;
  •  Permohonan telah dibuat oleh ahli kongsi usahawan/syarikat/perniagaan.
8.S:Berapa kali permohonan boleh dibuat?
J:Setiap usahawan/syarikat/perniagaan hanya boleh memohon sekali sahaja.
9.S:Bagaimanakah pemohon mengetahui bahawa permohonan telah diterima?
J:Akuan penerimaan dan nombor rujukan akan diberikan oleh SKMM setelah borang permohonan telah diisi sepenuhnya dan dihantar.
10.S:Bagaimanakah untuk mengetahui status permohonan?
J:Pemohon boleh menyemak status permohonan melalui laman sesawang SKMM melalui nombor kad pengenalan pemohon.
11.S:Adakah terdapat sebarang perjanjian antara usahawan dengan pihak SKMM setelah mendapat dana tersebut?
J:Tiada.
12.S:Adakah terdapat sebarang caj perkhidmatan bagi memohon geran tersebut?
J:Tidak
13.S:Adakah penerima geran perlu melaporkan penggunaan wang RM 1,000 yang diterima kepada SKMM ?
J:Penerima geran tidak perlu menghantar laporan. Pihak SKMM akan membuat pemantauan dan tinjauan berterusan mengenai keberkesanan program.
14.S:Adakah terdapat sebarang bantuan/geran susulan bagi membantu usahawan meneruskan perniagaan?
J:Tiada
15.S:Adakah terdapat sebarang bantuan atau syarat minima bagi membantu usahawan membuka akaun bank?
J:Tiada.
16.S:Adakah geran RM 1,000 ini hanya boleh digunakan untuk pembangunan laman sesawang atau kegunaan lain syarikat?
J:Geran yang diberikan adalah untuk melonjakkan perniagaan atas talian dan tidak terhad kepada pembangunan laman sesawang tetapi boleh digunakan untuk kegunaan lain seperti latihan/kursus, langganan perkhidmatan jalur lebar atau telefon pintar, komputer, langganan perkhidmatan aplikasi perniagaan awan (cloud based business applications) dan sebagainya. Geran yang diberikan adalah untuk melonjakkan perniagaan atas talian dan tidak terhad kepada pembangunan laman sesawang tetapi boleh digunakan untuk kegunaan lain seperti latihan/kursus, langganan perkhidmatan jalur lebar atau telefon pintar, komputer, langganan perkhidmatan aplikasi perniagaan awan (cloud based business applications) dan sebagainya.
17.S:Adakah usahawan lelaki dibenarkan untuk memohon geran tersebut?
J:Ya.
18.S:aya adalah usahawan yang memasarkan perkhidmatan dalam talian. Adakah saya layak memohon?
J:Anda layak memohon sekiranya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
19.S:Adakah saya layak memohon sekiranya saya hanya memasarkan produk melalui laman blog dan facebook?
J:Anda perlu mempunyai lawan sesawang (.com.my) atau (.my) bagi memasarkan perniagaan anda selain dari laman sosial yang digunakan. Anda juga boleh menggunakan domain lain seperti .net.my/.org.my/.edu.my.
20.S:Adakah geran RM 1,000 tersebut akan dibayar terus kepada saya atau disalurkan kepada pembangun laman sesawang tersebut?
J:Geran akan disalurkan terus kepada usahawan/syarikat/perniagaan yang memohon melalui akaun bank yang didaftarkan.
21.S:Saya mempunyai perniagaan tetapi masih belum berada dalam talian. Bagaimanakah saya hendak mendaftar dan membangunkan laman sesawang perniagaan saya?
J:Pendaftaran alamat internet boleh dilakukan dengan .my DOMAIN REGISTRY melalui wakil-wakil jualan sah .my DOMAIN REGISTRY yang berdaftar. Senarai wakil-wakil jualan tersebut boleh didapati dipautanhttp://www.domainregistry.my/bm/reseller-list.php manakala pembangunan laman sesawang boleh dilakukan dengan mana-mana agensi atau syarikat yang menawarkan perkhidmatan pembangunan laman sesawang.
22.S:Perniagaan saya adalah perniagaan pemilikan tunggal. Adakah saya boleh menggunakan akaun bank peribadi bagi memohon geran tersebut?
J:Ya.
23.S:Saya mempunyai syarikat perniagaan tetapi tidak mempunyai akaun bank syarikat. Adakah saya layak mendapatkan geran ini?
J:Ya. Akaun atas nama usahawan boleh digunakan.
24.S:Saya mempunyai 3 buah syarikat. Adakah saya boleh memohon untuk ketiga-tiga syarikat tersebut?
J:
Tidak. Setiap individu/syarikat hanya boleh memohon sekali sahaja.
25.S:Sekiranya saya ada pertanyaan, kepada siapakah patut saya ajukan?
J:Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui email iaitu gmbo@cmc.gov.my atau telefon 1-800-88-4040 (Isnin sehingga Jumaat kecuali cuti umum dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang) mulai 1 Januari 2013.
26.S:Adakah pendaftaran secara talian ini akan beroperasi 24 jam?
J:Sistem talian ini akan diberhentikan seketika pada pukul 11 malam sehingga 7 pagi setiap hari. Ini bertujuan agar penyelenggaraan sistem dan mengemaskinikan data dapat dilakukan.





askum bro terima kasih banyak rm1000 telah masuk ke dalam akaun syarikat dah siap website pun dah siap duit pun dapat..thanks

Encik Sham (Kuala Lumpur)
012-6698xxx





alhamdulilah semua proses sudah selesai geran pun sudah lulus memang cepat kalau ada orang sudi yg ajarkan..X sabar nk dapat rm1000..tq :)

Encik Rosli (Selangor)
017-6234xxx


Terima kasih kak ucapkan duit geran sudah dapat walaupun kak x pandai buat laman web tp dengan tunjuk ajar adik memang mudah rupanya buat laman web ni

Kak Za (Johor Bharu)
019-7709xxx


Syukur permohonan telah lulus nasib baik cepat ambik peluang ni..nanti sy akan promotekan blog bro nie pada rakan-rakan sy..TQ

Amir (Kedah)
019-4727xxx


Services bro memang mantap..sy bab IT ni x pandai lansung tp terima kasih kerana beri tunjuk ajar..x sabar rasenye nk dapat rm1000 ni..


Basri (Selanggor)
017-6331xxx


Akhirnya sudah siap juga memohon geran SKMM thanks kerana sudi ajar sy..Memang berbaloi rugi kalu x rebut peluang ni..

Shazliana (Kuala Lumpur)
016-6626xxx